Monday, June 25, 2012

PROGRAM KHIDMAT BANTU ICT DI SJKC KAMPUNG BARU GEMAS

Program khidmat bantu ICT SJKC Kampung Baru Gemas pada 21 dan 22 Jun 2012.

Makmal komputer sekolah ini telah mengalami bencana banjir pada awal tahun 2011. Semua soket elektrik dan port internet rosak akibat ditenggelami air lumpur. Pihak kontraktor telah menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan baru-baru ini. 

Sebahagian komputer pelajar telah ditenggelami dan telah dikeringkankan untuk diguna semula. terdapat sesetengah komputer tidak mendapat capaian internet disebabkan kabel LAN telah hilang dan rosak. semua komputer perlu dibaik pulih dan dikonfigurasikan semula untuk tujuan P&P. Sebanyak 15 buah komputer berjaya diselenggara dan kesemuanya mendapat capaian internet.

Program khidmat bantu ini telah dijalankan selama 2 hari dan dijalankan oleh juruteknik komputer PKG bersama juruteknik komputer sekolah iaitu dari SK Tuanku Abdul Rahman dan SJKT Gemas.












No comments:

Post a Comment