Tuesday, March 1, 2011

TM Kaspersky 2011

Pada 28 Februari lalu, kami telah menerima email dari pihak BTP mengenai perisian antivirus terbaru bagi tahun 2011 ini. Untuk perhatian, antivirus Kaspersky 2011 ini adalah dari TM dan sekolah-sekolah yang melanggan perkhidmatan internet dari TM sahaja yang boleh menggunakannya.
Sebelum memasang anda dinasihatkan unistall (membuang)
Kaspersky yang mungkin telah ada di PC sekolah sebelum ini kerana ianya
telah expired tempoh lesennya.
Kepada sekolah-sekolah ahli kawasan PKG Gemas yang ingin mendapatkan installer tersebut boleh berhubung terus dengan Juruteknik Komputer PKG Gemas (Safwan) di talian 07-9482915
.



Tuesday, February 1, 2011

Pertukaran Pegawai




Untuk makluman sekolah-sekolah ahli kawasan PKG Gemas, Pegawai Teknologi Pendidikan 2 PKG Gemas iaitu En. Tamrin bin Mohamed Rakof telah bertukar ke Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan (BTPNNS) di Port Dickson mulai Januari 2011.

Monday, April 12, 2010

Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS)

Jadual Baru Pengisian Data Maklumat SPPICTS 2010

Kutipan 1/2010 (12 April - 9 Mei 2010)

Tarikh-tarikh dibawah adalah hanya untuk Negeri Sembilan.

17 April 2010
24 April 2010
29 April 2010
02 Mei 2010
6 - 9 Mei 2010 - Terbuka kepada semua negeri yang terlewat

Catatan:

· Untuk mengelakkan kesesakan, dipohon semua PKG dan sekolah ikut jadual di atas semasa mengisi data SPPICTS (melalui URL: http://ssqs.moe.edu.my atau http://pnp.moe.edu.my ).

· Pada 17 April (Sabtu), 24 April (Sabtu) dan 2 Mei (Ahad) terbuka kepada semua negeri.

· Pada 6 Mei (Khamis) hingga 9 Mei (Ahad) terbuka kepada semua negeri yang terlewat.

Tuesday, March 23, 2010

PERHATIAN: SPPICTS 1/2010

Kutipan 1/2010 Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah bermula pada 21 Mac 2010. Pungutan ini akan berakhir pada 9 April 2010. Sila kemaskini secepat mungkin bagi mengelakkan gangguan trafik. Harap maklum.

Semua sekolah mesti menjawab 6 dimensi iaitu Makmal Komputer, Capaian Internet, Perisian Kursus Pendidikan, Peralatan PPSMI, EduWebTV dan ICT dalam Pengurusan dan Pentadbiran.

Bagi dimensi Pusat Akses Sekolah dan Perkongsian Pintar, hanya sekolah-sekolah yang terlibat sahaja yang perlu menjawab.


SILA KLIK LINK DIBAWAH UNTUK KEMASKINI SPPICTS SEBELUM 9 APRIL 2010

Monday, February 22, 2010

PERHATIAN!

MEMOHON KERJASAMA TUAN/PUAN UNTUK MENYENGGARA STATUS LOG DALAM STS YANG TELAH SELESAI KEPADA STATUS "CLOSED".

SEGALA PERMASALAHAN ICT DI SEKOLAH BOLEH DILAPORKAN KE STS ATAU MELALUI TALIAN KPKPM 1-800-88-4774. INI KERANA MASIH TERDAPAT SEBILANGAN SEKOLAH YANG TIDAK MELAPORKAN PERMASALAHAN SECARA "ONLINE" MAHU PUN MELALUI TALIAN KPKPM.

STS MERUPAKAN SATU SISTEM PENGURUSAN LOG MASALAH ICT DI SEKOLAH. SEGALA PERMASALAHAN ICT PERLU DIREKODKAN DALAM SISTEM INI KERANA MAKLUMAT YANG DIPEROLEH AKAN DIJADIKAN ASAS PENYENGGARAAN ICT YANG DIPERLUKAN OLEH PIHAK SEKOLAH.

KERJASAMA TUAN/PUAN DIDAHULUI DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.

Unit Meja Bantuan
Sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pendidikan
Bahagian Teknologi Pendidikan

Sunday, February 21, 2010


Kementerian Pelajaran melalui perkongsian kerjasama dengan Astro bermatlamat membawa pendidikan dan pembelajaran bermutu bertaraf dunia ke semua sekolah di Malaysia melalui kempen yang dikenali sebagai Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah.

Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah merupakan inisiatif tanggungjawab korporat Astro di mana pengendali TV satelit berbilang saluran Terus Ke Rumah yang terkemuka di negara ini menyediakan alat Perakam Video Peribadi, set televisyen, akses kepada saluran-saluran kandungan pembelajaran dan maklumat Astro serta penyelenggaraan peralatan secara percuma sepanjang tempoh kempen kepada 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia termasuk Pusat Kegiatan Guru.

Saluran- saluran pendidikan dan maklumat terdiri daripada Astro Awani, Astro Ceria, Discovery Channel, National Geographic Channel, Discovery Science Channel, Animal Planet Channel, The History Channel, Disney, TVIQ, TV1, TV2 dan Bernama.

Kini Kampus Astro telah pun berada di PKG Gemas.


Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan CD Antivirus Karpersky yang akan diberikan secara percuma untuk dipasangkan ke semua komputer peribadi dan komputer bimbit sekolah tuan-puan.


Tidak seperti sebelumnya GITN yang akan datang ke sekolah untuk membuat pemasangan tersebut, kali ini semua sekolah akan dibekalkan perisian antivirus tersebut dan akan memasangnya sendiri mengikut manual yang diberikan bersama CD berkenaan.

Lesen yang dibekalkan kepada sekolah kali ini adalah selama satu tahun sahaja dan pemasangan tersebut hanya untuk komputer milik kerajaan sahaja.

Bagi sekolah yang masih belum mendapatkan CD berkenaan, Guru Penyelaras Bestari / Guru Penyelaras Makmal Komputer @ Juruteknik Komputer (Jika sekolah berkenaan terdapat perjawatan tersebut) perlu menghubungi PKG Gemas untuk mendapatkan CD berkenaan. Hanya 1 CD untuk 1 sekolah.

 

PKG Gemas Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template