Wednesday, June 27, 2012

Makluman PTP1 PKG Gemas Meninggal Dunia

 

Dukacita dimaklumkan bahawa PKG Gemas telah kehilangan seorang pegawai yang hebat dan berdedikasi dalam bidang pendidikan. PTP1 PKG Gemas, En.Abdullah bin Sijin telah meninggal dunia pada jam lebih kurang pukul 10.15 malam ini di Hospital Melaka. 

Beliau telah dimasukkan ke Hospital Melaka sejak  7 Jun 2012 untuk medical checkup dan telah mengalami serangan jantung dan tidak sedarkan diri pada 11 Jun 2012. Beliau telah dimasukkan ke wad CCU sehingga akhir hayatnya.

Marilah kita sama-sama berdoa dan sedekahkan Surah Al-fatihah semoga roh beliau ditempatkan bersama dengan orang yang beriman. Alfatihah. 

Jenazah beliau dijangka dikebumikan di Melaka pada esok hari.

1 comment:

  1. Alfatihah.. beliau dulu adalah guru matematik saya.

    ReplyDelete