Sunday, February 21, 2010

PENGEDARAN KASPERSKY OLEH KPM UNTUK SEKOLAH


Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan CD Antivirus Karpersky yang akan diberikan secara percuma untuk dipasangkan ke semua komputer peribadi dan komputer bimbit sekolah tuan-puan.

Tidak seperti sebelumnya GITN yang akan datang ke sekolah untuk membuat pemasangan tersebut, kali ini semua sekolah akan dibekalkan perisian antivirus tersebut dan akan memasangnya sendiri mengikut manual yang diberikan bersama CD berkenaan.

Lesen yang dibekalkan kepada sekolah kali ini adalah selama satu tahun sahaja dan pemasangan tersebut hanya untuk komputer milik kerajaan sahaja.

Bagi sekolah yang masih belum mendapatkan CD berkenaan, Guru Penyelaras Bestari / Guru Penyelaras Makmal Komputer @ Juruteknik Komputer (Jika sekolah berkenaan terdapat perjawatan tersebut) perlu menghubungi PKG Gemas untuk mendapatkan CD berkenaan. Hanya 1 CD untuk 1 sekolah.

No comments:

Post a Comment