Sunday, February 21, 2010

KAMPUS ASTRO DI PKG GEMAS


Kementerian Pelajaran melalui perkongsian kerjasama dengan Astro bermatlamat membawa pendidikan dan pembelajaran bermutu bertaraf dunia ke semua sekolah di Malaysia melalui kempen yang dikenali sebagai Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah.

Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah merupakan inisiatif tanggungjawab korporat Astro di mana pengendali TV satelit berbilang saluran Terus Ke Rumah yang terkemuka di negara ini menyediakan alat Perakam Video Peribadi, set televisyen, akses kepada saluran-saluran kandungan pembelajaran dan maklumat Astro serta penyelenggaraan peralatan secara percuma sepanjang tempoh kempen kepada 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia termasuk Pusat Kegiatan Guru.

Saluran- saluran pendidikan dan maklumat terdiri daripada Astro Awani, Astro Ceria, Discovery Channel, National Geographic Channel, Discovery Science Channel, Animal Planet Channel, The History Channel, Disney, TVIQ, TV1, TV2 dan Bernama.

Kini Kampus Astro telah pun berada di PKG Gemas.

No comments:

Post a Comment